Aku ingin berubah
terinspirasi dari temen-temen yang sudah jauh dari lebih menguasai tentang blog
Jumat, 13 Desember 2013
SYAIR TENTANG SURGA
يا خاطب الحور الحسان وطالبا لوصالهـن بـجنة الحيوان
Wahai peminang bidadari yang cantik jelita dan mencarinya, agar dapat bersanding dengan mereka di syurga negeri kehidupan
أسرع وحث السير جهدك انما مسراك هذا ساعة لزمان
Bergegaslah dan cepatlah berjalan dengan kesungguhanmu, lantaran waktu perjalananmu itu hanya sesaat dari zaman
هي جنة طابت وطاب نعيمها فنعيمها باق وليس بفان
Ialah syurga yang indah dan lezat kenikmatannya, dikarenakan kenikmatannya akan tetap ada dan tidak kehabisan
وبناؤها اللبنات من ذهب وأخرى فضة نوعان مختلفان
Bangunannya adalah batu bata yang terbuat dari emas, serta yang lain dari perak, dua jenis yang berbeda
سكانها أهل القيام مع الصيام وطيب الكلمات والاحسان
Penghuninya merupakan orang-orang ahli qiyam dan shiyam, serta yang baik tutur kata lagi gemar berbuat kebajikan
للعبد فيها خيمة من لؤلؤ قد جوفت هي صنعة الرحمن
Didalamnya seorang hamba memiliki kemah yang terbuat dari mutiara yang telah dilubangi, itu adalah ciptaan Ar-Rahman
أنهارها في غير أخدود جرت سبحان ممسكها عن الفيضان
Sungai-sungai mengalir, didalamnya tidak hanya satu parit, Maha Suci Dzat yang menahannya dari banjir
من تحتهم تجري كما شاءوا مفجــرة وما للنهر من نقصان
Dibawah merekalah ia mengalir sesuka hati mereka, yang terpancar deras serta tidaklah sungai itu memiliki kekurangan
ولقد أتى ذكر اللقاء لربنا الــرحمن في سور من القرآن
Dan sungguh telah datang penyebutan tentang pertemuan dengan Rabb kita, Yang Maha Pengasih dalam surat-surat al-qur’an
أو ما سمعت منادي الايمان يخــبر عن منادي جنة الحيوان
Tidakkah engkau mendengar penyeru kepada keimanan, yang menceritakan akan ada penyeru di syurga negeri kehidupan?
يا أهلها لكم لدى الرحمن وعــد وهو منجزه لكم بضمان
“Wahai penghuni syurga, kalian mempunyai di sisi Ar-Rahman, sebuah janji, kini Dia kan menunaikannya kepada kalian sebagai jaminan
قالوا أما بيّضت أوجهنا كذا أعمالنا ثقلت في الميزان
Mereka menjawab;”Bukankah Engkau telah menjadikan wajah-wajah kami putih berseri, juga amalan-amalan baik telah Engkau beratkan dalam timbangan”
وكذاك قد أدخلتنا الجنات حيــن أجرتنا حقاً من النيران
“Begitu pula Engkau telah memasukkan kami kedalam syurga-syurga, kala Engkau benar-benar menyelamatkan kami dari api neraka”
فيقول عندي موعد قد آن أن أعطيكموه برحمتي وحناني
Maka Dia berfirman:”Aku memiliki suatu janji, telah tiba waktunya Aku memberikannya kepada kalian dengan rahmat dan kasih sayang-Ku”
فيرونه من بعد كشف حجاب ه جهرا روى ذا مسلم ببيان
Lantas, merekapun melihat-Nya dengan mata kepala, setelah Dia menyingkap hijabNya, sebagaimana ini diriwayatkan oleh Muslim dengan jelas
وإذ رآه المؤمنون نسوا الذي هم فيه مما نالت العينان
Dan apabila orang-orang mu’min memandang-Nya , lupalah apa yang mereka ada didalamnya dari segala apa yang pernah diraih oleh kedua mata
والله ما في هذه الدنيا ألذ من اشتياق العبد للرحمن
Demi Allah, tidaklah ada didalam dunia ini suatu yang lebih lezat, daripada kerinduan seorang hamba kepada Sang Ar-Rahman
وكذاك رؤية وجهه سبحانه هي أكمل اللذات للانسان
Begitu juga memandang wajah-Nya, Maha Suci Dia, itu merupakan kelezatan yang paling sempurna bagi seseorang
لله سوق قد أقامته الملائكة الكرام بكل ما احسان
Allah memiliki bazar yang didirikan oleh para malaikat yang mulia dengan segala bentuk kebaikan
فيها الذي والله لا عين رأت كلا ولا سمعت من اذنان
Didalamnya, demi Allah mata tidak pernah melihatnya sama sekali, dan tidak pula didengar oleh kedua telinga
كلا ولم يخطر على قلب امرئ فيكون عنه معبرا بلسان
Tidak sekali-kali, dan tidak pernah terlintas oleh hati seseorang, sehingga dia bisa mengungkapkannya dengan lisan
واها لذا السوق الذي من حله نال التهاني كلها بأمان
Dan itulah, orang yang memiliki bazar lalu menempatinya akan mendapatkan ucapan-ucapan selamat dengan aman sentosa
يدعى بسوق تعارف ما فيه من صخب ولا غش ولا أيمان
Dia dipanggil di bazar untuk saling mengenal, tidaklah didalamnya ada keributan, tidak pula kecurangan serta umbaran sumpah
هذا وخاتمة النعيم خلودهم ابدا بدار الخلد والرضوان
Inilah, dan akhir kenikmatan adalah keabadian mereka selama-lamanya didalam negeri keabadian dan keridhoan
يا رب ثبتنا على الايمان واجــعلنا هداة التائه الحيران
Wahai Rabb ku, teguhkanlah kami diatas keimanan dan jadikanlah kami pemberi petunjuk bagi orang yang sesat lagi kebingungan
وأعزنا بالحق وانصرنا به نصرا عزيزا أنت ذو السلطان
Dan muliakanlah kami dengan kebenaran serta tolonglah kami atasnya dengan pertolongan yang mulia, Engkau lah pemilik kekuasaan
وعلى رسولك أفضل الصلوات والتــسليم منك وأكمل الرضوان
Dan atas rosul-Mu seutama-utama sholawat dan salam dari-Mu serta keridhoan yang paling sempurna
وعلى صحابته جميعا والألى تبعوهم من بعد بالاحسان
Juga atas para sahabatnya keseluruhan serta orang-orang yang mengikuti mereka setelahnya dengan kebaikan
Jumat, 15 Februari 2013
- home
…dst….
--- dst
skip to main |
skip to sidebar
…. dst… s/d …
Sumber : http://saungweb.blogspot.com/2012/07/struktur-dasar-template-blogger.html#ixzz2L54iFBSv
Kamis, 14 Februari 2013
Al-hikam
MUKADIMAH
|
Dengan Menyebut nama Allah, Yang
Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara
sekalian alam. Selawat disertai salam atas yang paling mulia di antara
Rasul-rasul, Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan
sahabat-sahabat baginda saw.
Saya rido Allah adalah Tuhan, Islam
adalah Agama, Nabi Muhammad saw adalah Nabi dan Rasul, al-Quran adalah Imam,
Kaabah adalah Kiblat dan Mukmin adalah saudara.
Wahai tuhanku! Engkau jualah maksud
dan tujuanku dan keridoan Engkau jua yang saya cari. Saya mengharapkan kasih
sayang-Mu dan kehampiran-Mu.
Kitab al-Hikam karangan Imam Tajuddin Abu
Fadhli Ahmad bin Muhammad bin Abdul Karim bin Athaillah Askandary boleh
dianggap sebagai buku teks yang perlu dipelajari oleh orang-orang yang mau
mendalami ilmu tauhid / tasawuf serta berjalan pada jalan kerohanian.
Dalamnya mengandungi kata-kata hikmat yang boleh dijadikan petunjuk jalan
menuju Allah s.w.t dan mencapai keridoan-Nya.
Pada
mulainya saya mengenali Kitab al-Hikam pada namanya saja. Apa yang
diperkatakan adalah kitab ini merupakan sebuah kitab yang sukar difahami.
Hanya sedikit saja bilangan guru-guru yang mampu mengajarkan kitab ini.
Anggapan yang telah tertanam dalam fikiranku adalah hanya orang-orang yang
khusus saja layak mempelajari kitab tersebut. Oleh yang demikian saya tidak
pernah mencoba untuk mempelajarinya.
Kehendak
Allah s.w.t mengatasi segala perkara. Apabila saya dimasukkan ke dalam bidang
kerohanian timbullah minat dan kecenderungan untuk mengetahui isi Kitab
al-Hikam. Saya mulai mempelajari syarah-syarah kitab tersebut yang boleh
didapati di kedai-kedai buku. Sedikit sekali kefahaman yang terbuka kepada
saya. Kemudian saya mempelajari kitab-kitab tasawuf yang boleh saya dapati
dari berbagai-bagai sumber. Berbekalkan sedikit pengetahuan dalam ilmu tasawuf,
saya mempelajari semulai Kitab al-Hikam. Apa yang saya fahamkan itu saya
tuliskan sebagai satu cara pembelajaran. Beberapa orang sahabat telah membaca
teks yang asal dan memberi teguran yang membina. Hasil dari teguran itu saya
tulis semulai Syarah al-Hikam ini.
Apa
yang saya fahamkan dan perolehi dari khazanah al-Hikam ingin saya kongsikan
dengan saudara-saudara Muslimku. Mudah-mudahan Allah s.w.t memberikan taufik
dan hidayat kepada kita semua.
Penyusun
Syarah al-Hikam ini bukanlah seorang yang alim dalam ilmu tasawuf, apa lagi
ilmu fikah. Oleh itu adalah baik jika saudara-saudara yang membaca kitab ini
merujukkan kepada orang yang alim. Jika terdapat perbedaan pendapat di antara
isi kitab ini dengan perkataan orang alim, anggaplah kefahaman penyusun telah
tersilap dan berpeganglah kepada perkataan orang alim. Penyusun memohon
kemaafan di atas kesidelapan tersebut. Sekiranya apa yang diperkatakan dalam
kitab ini adalah benar, maka sesungguhnya kebenaran itu dari Allah s.w.t.
Hanya Dia yang patut menerima pujian. Hanya kepada-Nya kita bersyukur.
Wahai
saudara-saudaraku yang saya kasihi.
Ilmu
adalah nur. Hati juga nur. Dan, Nur adalah salah satu nama daripada Nama-nama
Allah s.w.t. Nur Ilahi, hati dan ilmu berhubung rapat. Hati yang suci bersih
menjadi bekas yang sesuai untuk menerima pancaran Nur Ilahi. Hati yang
dipenuhi oleh Nur Ilahi mampu menerima Nur Ilmu dari alam ghaib. Nur Ilmu
yang dari alam ghaib itu membuka hakikat alam dan hakikat Ketuhanan. Hati
yang menerima pengalaman hakikat memancarkan nurnya kepada akal. Akal yang
menerima pancaran Nur Hati akan dapat memahami perkara ghaib yang dinafikan
oleh akal biasa. Bila hati dan akal sudah beriman hilanglah keresahan
pada jiwa dan kekeliruan pada akal. Lahirlah ketenangan yang sejati. Hiduplah
nafsu muthmainnah menggerakkan sekalian anggota zahir dan batin supaya
berbakti kepada Allah s.w.t. Jadilah insan itu seorang hamba yang sesuai
zahirnya dengan Syariat dan batinnya dengan kehendak dan irodat Allah
s.w.t. Bila Allah s.w.t memilihnya, maka jadilah dia seorang insan Hamba
Rabbani, Khalifah Allah yang diberi tugas khusus dalam melaksanakan kehendak
Allah s.w.t di bumi.
Khalifah
Allah muncul dalam berbagai-bagai bidang. Mana-mana bidang yang dipimpin oleh
Muslim yang bertaraf Khalifah Allah akan menjadi cemerlang dan kaum Muslimin
akan mengatasi kaum-kaum lain dalam bidang berkenaan. Khalifah ekonomi akan
membawa ekonomi umat Islam mengatasi ekonomi semua kaum lain. Khalifah
tentera akan membebaskan umat Islam dari kaum penjajah dan penindas
yang zalim. Khalifah dakwah akan membukakan Islam yang sebenarnya dan
membersihkannya dari bidaah, kekarutan dan kesesatan. Bila semua bidang
kehidupan dipimpin oleh Khalifah Muslim maka umat Islam akan menjadi umat
yang teratas dalam segala bidang.
Mulailah
bekerja membentuk hati agar ia menjadi bercahaya dengan Nur Ilahi. Nur Ilahi
adalah tentera bagi hati yang akan mengalahkan segala jenis senjata dan
segala jenis sistem, walau bagaimana canggih sekali pun. Bila Nur Ilahi sudah
memenuhi ruang hati umat Islam maka umat Islam akan menjadi satu golongan yang
tidak akan dapat dikalahkan oleh siapa pun, dalam bidang apa sekalipun.
Insya-Allah!
Tidaklah Allah memberati suatu diri
melainkan sekadar terpikul olehnya. Dia akan mendapat pahala dari apa yang
dia usahakan dan akan mendapat siksa atas apa yang dia usahakan pula. Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau tuntut kami di atas kealpaan kami dan kekeliruan
kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami siksa, sebagaimana
yang pernah Engkau pikulkan atas orang-orang yang sebelum kami. Wahai Tuhan
kami! Janganlah Engkau timpakan ke atas kami perintah yang tidak bertenaga
kami dengan dia, dan maafkanlah (dosa-dosa) kami dan ampunilah kami dan
kasihanilah kami; Engkau jualah Penolong kami. Maka tolonglah kami atas
mengalahkan kaum yang tidak mau percaya. (Ayat 286 : Surah
al-Baqarah )
Dan tulislah untuk kami satu
kebaikan di dunia dan juga akhirat. Sesungguhnya kami telah bertaubat kepada
Engkau. ( Ayat 156 : Surah al-A’raaf )
Wahai Tuhan kami! Berilah kami di
dunia kebaikan dan di akhirat pun kebaikan. Dan peliharalah kami daripada
seksaan neraka. ( Ayat 201 : Surah al-Baqarah )
Amin!
Ya Rabbal ‘Aalamin.
Wassalam.
MOHAMAD NASIR BIN MAJID (TOK FAQIR AN-NASIRIN) Seberang Takir Terengganu Darul Iman |
1: PERBUATAN ZAHIR DAN SUASANA HATI
|
SEBAGIAN DARIPADA
TANDA BERSANDAR KEPADA AMAL (PERBUATAN ZAHIR) ADALAH BERKURANGAN HARAPANNYA
(SUASANA HATI) TATKALA BERLAKU PADANYA KESALAHAN.
Imam
Ibnu Athaillah memulaikan Kalam Hikmat beliau dengan mengajak kita merenung
kepada hakikat amal. Amal boleh dibagikan kepada dua jenis yaitu perbuatan
zahir dan perbuatan hati atau suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir
itu. Beberapa orang boleh melakukan perbuatan zahir yang serupa tetapi suasana
hati berhubung dengan perbuatan zahir itu tidak serupa. Kesan amalan zahir
kepada hati berbeda antara seorang dengan seorang yang lain. Jika amalan
zahir itu mempengaruhi suasana hati, maka hati itu dikatakan bersandar kepada
amalan zahir. Jika hati dipengaruhi juga oleh amalan hati, maka hati itu
dikatakan bersandar juga kepada amal, sekalipun ianya amalan batin. Hati yang
bebas daripada bersandar kepada amal sama ada amal zahir atau amal batin
adalah hati yang menghadap kepada Allah s.w.t dan meletakkan pergantungan
kepada-Nya tanpa membawa sebarang amal, zahir atau batin, serta menyerah
sepenuhnya kepada Allah s.w.t tanpa sebarang takwil atau tuntutan. Hati yang
demikian tidak menjadikan amalnya, zahir dan batin, walau berapa banyak
sekalipun, sebagai alat untuk tawar menawar dengan Tuhan bagi mendapatkan
sesuatu. Amalan tidak menjadi perantaraan di antaranya dengan Tuhannya. Orang
yang separti ini tidak membataskan kekuasaan dan kemurahan Tuhan untuk tunduk
kepada perbuatan manusia. Allah s.w.t Yang Maha Berdiri Dengan Sendiri
berbuat sesuatu menurut kehendak-Nya tanpa dipengaruhi oleh siapa dan
sesuatu. Apa saja yang mengenai Allah s.w.t adalah mutlak, tiada had,
sempadan dan perbatasan. Oleh karena itu orang arif tidak menjadikan amalan
sebagai sempadan yang mengongkong ketuhanan Allah s.w.t atau ‘memaksa’ Allah
s.w.t berbuat sesuatu menurut perbuatan makhluk. Perbuatan Allah s.w.t berada
di hadapan dan perbuatan makhluk di belakang. Tidak pernah terjadi Allah
s.w.t mengikuti perkataan dan perbuatan seseorang atau sesuatu.Sebelum
menjadi seorang yang arif, hati manusia memang berhubung rapat dengan amalan
dirinya, baik yang zahir mau pun yang batin. Manusia yang kuat bersandar
kepada amalan zahir adalah mereka yang mencari faedah keduniaan dan mereka
yang kuat bersandar kepada amalan batin adalah yang mencari faedah akhirat.
Kedua-dua jenis manusia tersebut berkepercayaan bahwa amalannya menentukan
apa yang mereka akan perolehi baik di dunia dan juga di akhirat. Kepercayaan
yang demikian kadang-kadang membuat manusia hilang atau kurang pergantungan
dengan Tuhan. Pergantungan mereka hanyalah kepada amalan semata-mata ataupun
jika mereka bergantung kepada Allah s.w.t, pergantungan itu bercampur dengan
keraguan. Seseorang manusia boleh memeriksa diri sendiri apakah kuat atau
lemah pergantungannya kepada Allah s.w.t. Kalam Hikmat 1 yang dikeluarkan
oleh Ibnu Athaillah memberi petunjuk mengenainya. Lihatlah kepada hati
apabila kita terperosok ke dalam perbuatan maksiat atau dosa. Jika kesalahan
yang demikian membuat kita berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah
s.w.t itu tandanya pergantungan kita kepada-Nya sangat lemah. Firman-Nya:
“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah
khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu
berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus
asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir ”. ( Ayat
87 : Surah Yusuf )
Ayat
di atas menceritakan bahwa orang yang beriman kepada Allah s.w.t meletakkan
pergantungan kepada-Nya walau dalam keadaan bagaimana sekali pun.
Pergantungan kepada Allah s.w.t membuat hati tidak berputus asa dalam
menghadapi dugaan hidup. Kadang-kadang apa yang diingini, dirancangkan dan
diusahakan tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kegagalan mendapatkan
sesuatu yang diingini bukan bermakna tidak menerima pemberian Allah s.w.t.
Selagi seseorang itu beriman dan bergantung kepada-Nya selagi itulah Dia melimpahkan
rahmat-Nya. Kegagalan memperolehi apa yang dihajatkan bukan bermakna tidak
mendapat rahmat Allah s.w.t. Apa juga yang Allah s.w.t lakukan kepada orang
yang beriman pasti terdapat rahmat-Nya, walaupun dalam soal tidak
menyampaikan hajatnya. Keyakinan terhadap yang demikian menjadikan orang yang
beriman tabah menghadapi ujian hidup, tidak sekali-kali berputus asa. Mereka
yakin bahwa apabila mereka sandarkan segala perkara kepada Allah s.w.t, maka
apa juga amal kebaikan yang mereka lakukan tidak akan menjadi sia-sia.
Orang
yang tidak beriman kepada Allah s.w.t berada dalam situasi yang berbeda.
Pergantungan mereka hanya tertuju kepada amalan mereka, yang terkandung di
dalamnya ilmu dan usaha. Apabila mereka mengadakan sesuatu usaha berdasarkan
kebolehan dan pengetahuan yang mereka ada, mereka mengharapkan akan mendapat
hasil yang setimpal. Jika ilmu dan usaha (termasuklah pertolongan orang lain)
gagal mendatangkan hasil, mereka tidak mempunyai tempat bersandar lagi.
Jadilah mereka orang yang berputus asa. Mereka tidak dapat melihat hikmat
kebijaksanaan Allah s.w.t mengatur perjalanan takdir dan mereka tidak
mendapat rahmat dari-Nya.
Jika
orang kafir tidak bersandar kepada Allah s.w.t dan mudah berputus asa, di
kalangan sebagian orang Islam juga ada yang demikian, bergantung setakat mana
sifatnya menyerupai sifat orang kafir. Orang yang separti ini melakukan
amalan karena kepentingan diri sendiri, bukan karena Allah s.w.t. Orang ini
mungkin mengharapkan dengan amalannya itu dia dapat mengecapi kemakmuran
hidup di dunia. Dia mengharapkan semoga amal kebajikan yang dilakukannya
dapat mengeluarkan hasil dalam bentuk bertambah rezekinya, kedudukannya atau
pangkatnya, orang lain semakin menghormatinya dan dia juga dihindarkan
daripada bala penyakit, kemiskinan dan sebagainya. Bertambah banyak amal
kebaikan yang dilakukannya bertambah besarlah harapan dan keyakinannya
tentang kesejahteraan hidupnya.
Sebagian
kaum muslimin yang lain mengaitkan amal kebaikan dengan kemuliaan hidup di
akhirat. Mereka memandang amal salih sebagai tiket untuk memasuki syurga,
juga bagi menjauhkan azab api neraka. Kerohanian orang yang bersandar kepada
amal sangat lemah, terutamanya mereka yang mencari keuntungan keduniaan
dengan amal mereka. Mereka tidak tahan menempuh ujian. Mereka mengharapkan
perjalanan hidup mereka senantiasa selasai dan segala-segalanya berjalan
menurut apa yang dirancangkan. Apabila sesuatu itu berlaku di luar jangkauan,
mereka cepat panik dan gelisah. Bala bencana membuat mereka merasakan yang
merekalah manusia yang paling malang
di atas muka bumi ini. Bila berjaya memperoleh sesuatu kebaikan, mereka
merasakan kejayaan itu disebabkan kepandaian dan kebolehan mereka sendiri.
Mereka mudah menjadi ego serta suka menyombong.
Apabila
rohani seseorang bertambah teguh dia melihat amal itu sebagai jalan untuknya
mendekatkan diri dengan Tuhan. Hatinya tidak lagi cenderung kepada faedah
duniawi dan ukhrawi tetapi dia berharap untuk mendapatkan kurniaan Allah
s.w.t separti terbuka hijab-hijab yang menutupi hatinya. Orang ini merasakan
amalnya yang membawanya kepada Tuhan. Dia sering mengaitkan pencapaiannya
dalam bidang kerohanian dengan amal yang banyak dilakukannya separti
berzikir, bersembahyang sunat, berpuasa dan lain-lain. Bila dia tartinggal
melakukan sesuatu amal yang biasa dilakukannya atau bila dia tergelincir
melakukan kesalahan maka dia merasa dijauhkan oleh Tuhan. Inilah orang yang
pada peringkat permulaian mendekatkan dirinya dengan Tuhan melalui amalan
tarekat tasawuf.
Jadi,
ada golongan yang bersandar kepada amal semata-mata dan ada pula golongan
yang bersandar kepada Tuhan melalui amal. Kedua-dua golongan tersebut
berpegang kepada keberkahan amal dalam mendapatkan sesuatu. Golongan pertama
kuat berpegang kepada amal zahir, yaitu perbuatan zahir yang dinamakan usaha
atau ikhtiar. Jika mereka bersalah memilih ikhtiar, hilanglah harapan mereka
untuk mendapatkan apa yang mereka hajatkan. Ahli tarekat yang masih
diperingkat permulaian pula kuat bersandar kepada amalan batin separti
sembahyang dan berzikir. Jika mereka tartinggal melakukan sesuatu amalan yang
biasa mereka lakukan, akan berkurangan harapan mereka untuk mendapatkan
anugerah dari Allah s.w.t. Sekiranya mereka tergelincir melakukan dosa, akan
putuslah harapan mereka untuk mendapatkan anugerah Allah s.w.t.
Dalam
perkara bersandar kepada amal ini, termasuklah juga bersandar kepada ilmu,
sama ada ilmu zahir atau ilmu batin. Ilmu zahir adalah ilmu penkehendakan dan
pengurusan sesuatu perkara menurut kekuatan akal. Ilmu batin pula adalah ilmu
yang menggunakan kekuatan gaib bagi menyampaikan hajat. Ia termasuklah
penggunaan ayat-ayat al-Quran dan jampi. Kebanyakan orang meletakkan keberkahan
kepada ayat, jampi dan usaha, hinggakan mereka lupa kepada Allah s.w.t yang
meletakkan keberkahan kepada tiap sesuatu itu.
Seterusnya,
sekiranya Tuhan izinkan, kerohanian seseorang meningkat kepada makam yang
lebih tinggi. Nyata di dalam hatinya maksud kalimat:
Tiada daya dan upaya kecuali beserta Allah.
“Padahal Allah yang mencipta kamu
dan benda-benda yang kamu perbuat itu!” ( Ayat 96 : Surah as- Saaffaat )
Orang
yang di dalam makam ini tidak lagi melihat kepada amalnya, walaupun banyak
amal yang dilakukannya namun, hatinya tetap melihat bahwa semua amalan
tersebut adalah kurniaan Allah s.w.t kepadanya. Jika tidak karena taufik dan
hidayat dari Allah s.w.t tentu tidak ada amal kebaikan yang dapat dilakukannya.
Allah s.w.t berfirman:
“Ini ialah dari limpah kurnia
Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan
nikmat pemberian-Nya. Dan (sebenarnya) siapa yang bersyukur maka faedah
syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan siapa yang tidak
bersyukur (maka tidaklah menjadi masalah kepada Allah), karena sesungguhnya
Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”. ( Ayat 40 : Surah an-Naml )
Dan tiadalah kamu berkemauan
(melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah;
sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan
sebarang perkara yang dikehendaki-Nya). Ia memasukkan siapa yang
kehendaki-Nya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmat-Nya (dengan
ditempatkan-Nya di dalam syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan
untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ( Ayat 30 & 31 :
Surah al-Insaan )
Segala-galanya
adalah kurniaan Allah s.w.t dan menjadi milik-Nya. Orang ini melihat kepada
takdir yang Allah s.w.t tentukan, tidak terlihat olehnya keberkahan perbuatan
makhluk termasuklah perbuatan dirinya sendiri. Makam ini dinamakan makam
ariffin yaitu orang yang mengenal Allah s.w.t. Golongan ini tidak lagi
bersandar kepada amal namun, merekalah yang paling kuat mengerjakan amal
ibadat.
Orang
yang masuk ke dalam lautan takdir, rido dengan segala yang ditentukan Allah
s.w.t, akan senantiasa tenang, tidak berdukacita bila kehilangan atau
ketiadaan sesuatu. Mereka tidak melihat makhluk sebagai penyebab atau
pengeluar kesan.
Di
awal perjalanan menuju Allah s.w.t, seseorang itu kuat beramal menurut
tuntutan syariat. Dia melihat amalan itu sebagai kendaraan yang boleh
membawanya hampir dengan Allah s.w.t. Semakin kuat dia beramal semakin
besarlah harapannya untuk berjaya dalam perjalanannya. Apabila dia mencapai
satu tahap, pandangan mata hatinya terhadap amal mulai berubah. Dia tidak
lagi melihat amalan sebagai alat atau penyebab. Pandangannya beralih kepada
kurniaan Allah s.w.t. Dia melihat semua amalannya adalah kurniaan Allah s.w.t
kepadanya dan kehampirannya dengan Allah s.w.t juga kurniaan-Nya. Seterusnya
terbuka hijab yang menutupi dirinya dan dia mengenali dirinya dan mengenali
Tuhannya. Dia melihat dirinya sangat lemah, hina, jahil, serba kekurangan dan
faqir. Tuhan adalah Maha Kaya, Berkuasa, Mulia, Bijaksana dan Sempurna dalam
segala segi. Bila dia sudah mengenali dirinya dan Tuhannya, pandangan mata
hatinya tertuju kepada Kudrat dan Iradat Allah s.w.t yang meliputi segala
sesuatu dalam alam maya ini. Jadilah dia seorang arif yang senantiasa
memandang kepada Allah s.w.t, berserah diri kepada-Nya, bergantung dan
berhajat kepada-Nya. Dia hanyalah hamba Allah s.w.t yang faqir.
|
kesuksesan membutuhkan kesabaran
sukses ternyata tidak semudah yang kita bayangkan ?walaupaun memang kedengarannya sangat gamlang, lugas ditelinga kita.
Langganan:
Postingan (Atom)